Empat Kanak-Kanak Maut Dalam Serangan di Pantai Gaza

beachGAZA, 16 Jul 2014 (IMEMC) — Sebuah kapal perang tentera laut Zionis menyasarkan beberapa tembakan meriam ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di pantai Gaza, mengorban empat daripada mereka dan mencederakan beberapa yang lain.

Kanak-kanak tersebut merupakan rakan bersaudara yang terdiri daripada Ahed Atef Bakir, 10 tahun, Zakariya Ahed Bakir, 10 tahun, Mohammad Ramiz Bakir, 11 tahun, dan Ismail Mahmoud Bakir, 9 tahun. Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut sedang membantu ayah mereka yang bekerja sebagai nelayan.

Wartawan AFP dan The Guardian yang berada di sebuah hotel berdekatan menyaksikan sendiri bagaimana tentera laut Israel dengan sengaja menyasarkan kanak-kanak tersebut. Menurut wartawan The Guardian, Peter Beaumont, ketika kanak-kanak lari menyelamatkan diri untuk berlindung selepas tembakan pertama, tentera laut Zionis lalu melepaskan tembakan kedua ke arah mereka.

Seramai 48 orang kanak-kanak Gaza telah menjadi korban keganasan Zionis sejak 7 Julai lalu, manakala 462 orang lagi rakan mereka tercedera. Ramai yang tercedera mengalami kecacatan kekal apabila terkena serpihan peluru yang dikatakan mengadungi komponen senjata terlarang.

 

beach-5

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts