Empat Pendatang Yahudi Cedera Ditikam Di Kiryat Gat

NAZARETH, 21 Nov 2015 (PIC) — Empat orang pendatang Yahudi cedera ditikam di bandar Kiryat Gat di dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Penyerang dilaporkan berjaya melarikan diri selepas menikam mangsa di Jalan King David, iaitu kawasan yang dibina di atas bekas tanah perkampungan Palestin yang dikenali sebagai Iraq al-Manshiyeh.

Bunyi tembak-menembak juga dilaporkan kedengaran di tempat kejadian.

Menurut kenyataan media Zionis, Ynet, polis Zionis dan penduduk Yahudi memukul dan mengikat seorang Badwi Palestin yang disangka melakukan serangan tersebut, namun mereka kemudiannya mengaku tersilap orang.

Seramai 250 orang askar yang lengkap dengan kemudahan helikopter dikerahkan mencari penyerang terbabit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts