Serangan dilancarkan rejim mengorbankan nyawa puluhan rakyat Palestin yang berlindung di empat buah sekolah berbeza sejak Sabtu lalu. Tentera Israel mengakui keempat-empat serangan itu. Malah mendakwa pesawat tempur mereka menyasarkan pejuang Hamas.
Sabtu, 6 Julai 2024
Serangan daripada regim membunuh 16 orang rakyat Palestin yang berlindung di sekolah al-Jawni, dikendalikan oleh PBB di Nuseirat. Menurut agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA, sekitar 2,000 orang rakyat Palestin berlindung di sekolah tersebut ketika serangan itu berlaku.
Ahad, 7 Julai 2024
Empat orang rakyat Palestin yang berlindung di sekolah Holy Family di Bandar Gaza terkorban akibat serangan pihak rejim. Ratusan orang berlindung di kawasan sekolah itu sebelum serangan berlaku.
Isnin, 8 Julai 2024
Beberapa orang penduduk cedera dalam serangan Israel ke atas sekolah yang dikendalikan oleh UNRWA di Nuseirat. Mereka dibawa ke Hospital al-Awda untuk mendapatkan rawatan.
Selasa, 9 Julai 2024
Menurut pegawai Palestin, sekurang-kurangnya 29 orang rakyat Palestin terbunuh apabila serangan Israel mengena pada khemah mereka di kawasan sekolah al-Awda di Abassan, berhampiran Khan Younis.
Sumber: Al Jazeera & NBC News



