Erdogan Enggan Hadir Persidangan Jika Netanyahu Turut Hadir

ATHENS, Selasa, 19 Oktober – Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan menegaskan bahawa beliau tidak akan menghadiri kemuncak Persidangan Perubahan Iklim di Athens pada hari Jumaat (22/10) kelak jika Perdana Menteri Israel turut hadir, demikian Erdogan mengatakan pada sebuah media Televisyen Greece pada hari Isnin (18/10). Persidangan tersebut akan dihoskan oleh Perdana Menteri Greece, George Papandreou.

Menurut laporan di laman sesawang Reuters, Erdogan juga mengatakan bahawa beliau tidak mahu bercakap dengan Benjamin Netanyahu sebagai tanda protes beliau terhadap pembunuhan 9 warga negara Turki oleh pasukan Israel di atas kapal Marvi Marmara pada bulan Mei yang lalu.

“Dalam hal ini, saya fikir bahawa Israel semakin kehilangan seorang teman yang sangat penting di Timur Tengah dan ianya adalah Turki,” katanya. “Saya fikir bahawa mereka perlu membayar atas keberanian polisi mereka dalam isu tersebut,” demikian seperti dilaporkan oleh Reuters.

Erdogan dijangka akan menghadiri persidangan Mediterranean tentang perubahan iklim yang akan diadakan di Athens pada hari Jumaat kelak. “Jika Perdana Menteri (Israel] mengambil bahagian dalam program tersebut, saya tidak akan berada di sana,” kata Erdogan. (mna/reuters/pnn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts