Erdogan: Rejim Zionis berusaha tukar identiti Islam kota al-Quds

ANKARA, 26 Julai 2017 — Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mendakwa bahawa rejim Zionis menjadi semakin kuat akibat perpecahan umat, sekaligus mereka cuba mengubah idenditi Islam al-Quds, kota suci umat Islam.

Dalam ucapan beliau di Persidangan Islam Sedunia berkenaan pendidikan tinggi di Ankara, Erdogan menyebut, “Kita tidak akan menerima tindakan melarang umat Islam dari seluruh dunia untuk memasuki al-Aqsa.” Beliau menuntut supaya rejim Zionis menghormati semua perjanjian berkaitan kota al-Quds dan hak asasi manusia.

Jurucakap Kementerian Luar Zionis, Emmanuel Nahshon, bagaimanapun mencetus kemaharan Ankara apabila menyangkal dan mengherdik dakwaan Erdogan, sambil menegaskan bahawa al-Quds akan kekal menjadi kota abadi kaum Yahudi.

Kementerian Luar Turki mengeluarkan kenyataan tegas berbunyi, “Kenyataan anda terlalu biadab dan Masjid al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam, dan ia tetap menjadi isu utama umat Islam.”

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts