Euro Division 2025 : Slovenia mohon Israel dikecualikan

Slovenia secara rasmi memohon agar Israel dikecualikan daripada pertandingan lagu Eurovision 2025, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media Israel.

Slovenia mengemukakan permohonan itu susulan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023.

Permohonan rasmi telah diserahkan kepada Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), badan pentadbir Eurovision 2025.

Menurut laporan, jika EBU tidak menerima permohonan berkenaan, Slovenia akan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada pertandingan sebagai tanda protes.

Presiden Slovenia Natasa Pirc Musar pada 19 Dis lalu menyatakan bahawa Israel dan Rusia melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui perang mereka di Gaza dan Ukraine, namun menegaskan bahawa Israel melakukannya dalam skala yang jauh lebih besar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts