Eyal Karim dilantik sebagai ketua rabbi tentera Zionis

NAZARET, 12 Julai 2016 (PIC) — Ketua Staf Lt. Jen. Gadi Eizenkot semalam melantik Rabbi Kolonel Eyal Karim, yang sebelum ini mengeluarkan fatwa membenarkan wanita bukan Yahudi dirogol, sebagai ketua rabbi tentera Zionis.

Dalam fatwa beliau pada tahun 2002, Kolonel Karim berkata bahawa demi menjaga semangat dan kecergasan askar [Zionis] dalam sesuatu konflik bersenjata, mereka [askar] dibenarkan “memenuhi kecenderungan buruk mereka dengan meniduri wanita bangsa asing [gentile, bukan Yahudi] yang cantik sungguhpun tanpa kerelaannya.”

Perlantik tersebut bagaimanapun perlu diluluskan oleh Menteri Perang, Avigdor Lieberman.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts