F-16 Israel Lancar Roket ke Gaza, Seorang Remaja Puteri Cedera

Gaza, 13 Jul – Dalam kejadian yang berlaku awal pagi Rabu (13/7), jet pejuang F-16 Israel telah memasuki ruang udara wilayah timur Gaza dan melepaskan dua roket ke sebuah premis membaiki kereta di kawasan perumahan di timur Bandar tersebut.

Menurut seorang wartawan Press TV di Gaza, seorang remaja puteri yang berusia 19 tahun cedera dalam serangan itu dan berpuluh-puluh lagi, termasuk kanak-kanak, dirawat kerana trauma dalam serangan pantas tersebut.

Serangan itu juga menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan dan tingkap rumah di kawasan berdekatan berkecai.  

Awal minggu lalu juga, pesawat perang Israel telah membunuh dua warga Palestin dan mencederakan yang sama lain di Gaza.

Tentera Israel sering melancarkan bom berangkai ke terowong di Gaza. Mereka mendakwa bahawa pejuang Palestin menggunakan terowong untuk menyimpan dan menyeludup senjata.  Bagaimanapun pentadbiran Gaza menolak dakwaan itu sebaliknya  menegaskan bahawa rakyat Gaza telah dipaksa untuk menggunakan terowong bawah tanah untuk membawa masuk bekalan keperluan asas untuk penduduk Gaza yang miskin kerana wilayah itu telah di”penjara”  oleh Israel dari  dunia luar selama lebih daripada tiga tahun.
Kira-kira 1.5 juta rakyat Gaza dinafikan hak asasi mereka, termasuk kebebasan bergerak, bekalan sumber makanan, peluang pekerjaan, kesihatan dan pendidikan. (ptv)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts