Facebook terus menyerang media pro Palestin

AL-QUDS, 12 Okt 2016 (MEMO) — Facebook meneruskan polisi menyerang media pro Palestin dengan memadam lapan akaun pengendali bagi Palestine Information Centre (PIC) dan Al-Rai, sebagai langkah mengekang penyebaran maklumat berkaitan Palestin melalui laman sosial itu.

Pada masa yang sama, halaman Palestine Network for Dialogue masih disekar walaupun Facebook sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf di atas “kesilapan” tersebut.

Akaun Arab48 yang memaparkan kisah penderitaan penduduk Palestin di Gaza, Tebing Barat dan wilayah Palestin 1948 yang terjajah turut dipadam oleh Facebook.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts