Fanatik Lieberman bakal ganti Moshe Ya’alon sebagai Menteri Perang Zionis

AL-QUDS, 20 Mei 2016 (IMEMC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu akan menyingkirkan Menteri Perang Moshe Ya’alon dan menggantikan beliau dengan ahli politik pelampau dan fanatik Yahudi, Avigdor Lieberman.

Lieberman yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Luar sering mengeluarkan kenyataan supaya dihapuskan penduduk Palestin dan diluaskan lagi kawasan penempatan haram Yahudi di atas tanah Palestin.

Laporan media Zionis menyebut Lieberman mendesak diberikan jawatan sebagai Menteri Perang sebagai imbuhan kepada parti pimpinannya Yisrael Beitenu [bermaksud: Israel Watan Kita] berpindah menyertai kelompok pemerintah Zionis, di mana mereka sebelum ini berada di barisan pembangkang.

Sebelum berpindah ke negara haram Zionis, Lieberman merupakan seorang kaki pukul di sebuah kelab malam di Republik Moldova. Setelah berpindah dan tinggal di sebuah penempatan haram Yahudi, beliau menjadi terkenal kerana bersalah dalam tuduhan memukul seorang kanak-kanak berumur 12 tahun. Pendatang Yahudi yang berpegang kepada fahaman melampau Zionis itu kemudiannya menjadi ahli parti Yisrael Beitenu, yang kini dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Pada tahun 2012, tuduhan rasuah ke atas beliau digugurkan tanpa siasatan lanjut atas alasan kekurangan bukti. Beliau dikatakan memiliki akaun bank pesisir pantai berjumlah berjuta-juta dollar melalui sekurang-kurangnya lima buah syarikat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts