AL-QUDS, 24 Ogos 2016 (PIC) — Segerombolan fanatik Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba awal pagi tadi, dengan diiringi ketat oleh pasukan polis Zionis.
Mereka mencetus ketegangan dengan melakukan ritual dan melaungkan slogan anti-Islam, menyebabkan para jamaah cuba membantah kehadiran dan sikap biadap mereka dengan laungan takbir Allahu Akbar.
Sementara itu para Muslimat terus berkumpul di luar masjid sambil membaca al-Quran sebagai membantah tindakan polis rejim penjajah menghalang mereka masuk beribadah di dalam masjid suci itu.