Fanatik Yahudi ceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 10 Feb 2016 (PIC) — Sejumlah 32 fanatik Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba awal pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan khas.

Para jemaah dan mereka yang sedang mengikuti majlis ilmu di sekitar perkarangan masjid cuba menyekat tindakan provokasi Yahudi itu dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Pada masa yang sama, kumpulan Muslimat yang dihalang memasuki perkarangan masjid berkumpul di luar sambil membaca al-Quran. Pihak polis penjajah bertindak keras terhadap para jemaah yang mengadakan protes secara aman di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, dengan menutup pagar masuk menggunakan sekatan besi serta merampas kad pengenalan secara provokatif.

Seorang pemuda Palestin diculik oleh pihak polis Zionis di perkarangan masjid, kemudian diheret ke sebuah pusat tahanan di Kota Lama.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts