Fanatik Yahudi seksa, cuba bunuh kanak-kanak Palestin

NABLUS, 15 Jun 2017 (PIC) — Kanak-kanak Palestin Bashar Ghazal, 8, terselamat dari ancaman maut setelah diculik dan diseksa di dalam sebuah rumah pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Itamar.

Kanak-kanak yang tidak dapat bercakap dari bandar Beit Furik di wilayah Nablus itu ditemui dalam keadaan tangannya diikat dan cedera diseksa oleh pendatang Yahudi, di mana badannya telah dituang dengan cairan plastik yang dibakar. Beliau diserah ke pejabat perhubungan Pihak Berkuasa Palestin (PA) oleh tentera Zionis malam tadi.

Bashar telah dilaporkan hilang oleh keluarganya pagi sebelumnya, selepas kematian ayah beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts