Fanatik Yahudi terus ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 23 Julai 2018 — Pasukan polis Zionis mengepung kawasan dataran luar Masjid al-Aqsa bagi memberi laluan kepada 95 fanatik Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu melalui Pintu al-Magharebah pada jam 7:30 pagi tadi.

Mereka dibawa berarak di perkarangan Masjid al-Aqsa, sambil mendengar penerangan tentang kuil Yahudi yang kononnya pernah berdiri di situ.

Pada masa yang sama, para jemaah dikenakan sekatan dan pemeriksaan ketat di pintu-pintu masuk masjid. Puluhan penduduk Palestin dari Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin 1948 membanjiri kota suci itu berikutan meningkatnya pencerobohan Yahudi sejak beberapa hari lalu.

Semalam, suasana di Masjid al-Aqsa menjadi tegang selepas 1,336 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak secara provokatif di atas tapak suci itu. Mereka juga menyerang peniaga, jurnalis, pegawai agama dan ahli jemaah Palestin di sekitar Kota Lama Baitulmaqdis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts