Father Musleh: Apa yang berlaku di al-Aqsa telah dirancang awal

AL-QUDS, 19 Julai 2017 (PIC) — Jurucakap pejabat Ortodoks Greek, Father Issa Musleh, hari ini mendakwa bahawa serangan mutakhir tentera Zionis ke atas Masjid al-Aqsa adalah sebahagian daripada rancangan rejim penjajah untuk membahagi tapak suci umat Islam itu mengikut kawasan dan masa tertentu, sama seperti apa yang mereka telah lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di al-Khalil.

Dalam kenyataan media beliau, Father Musleh menyeru penduduk Islam dan Kristian mengadakan demonstrasi setiap hari bagi mendukung Masjid al-Aqsa.

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam dan penganut Kristian memberi solidariti kepada penduduk Palestin di al-Quds dan menegaskan penganut Kristian di al-Quds menolak sama sekali syarat memasuki tapak suci itu melalui alat pengesan logam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts