Feiglin Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 2 Nov 2014 (Ma’an) — Timbalan Speaker parlimen Knesset, Moshe Feiglin, menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa ketika suasana masih tegang dan majoriti penduduk Islam Palestin disekat daripada memasukinya.

Ketibaan Feiglin bersama seorang jurugambar cuba dihalang oleh jemaah masjid dengan laungan takbir “Allahu Akbar.”

Sementara itu, pihak berkuasa Zionis menghalang penduduk Palestin di bawah 40 tahun daripada memasuki masjid untuk menunaikan solat Subuh. Para pelajar juga dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke sekolah di sekitar perkarangan masjid itu.

Feiglin, seorang pemimpin dalam parti Likud yang memerintah, menyeru supaya lebih ramai orang Yahudi dibenarkan masuk ke kawasan Masjid al-Aqsa, sungguhpun Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyeru supaya bertenang berikutan insiden menembak Yehuda Glick, seorang lagi pemimpin pelampau Yahudi Khamis lalu.

Sementara itu Menteri Perumahan Uri Ariel mendesak supaya rejim Zionis menukar status quo Masjid al-Aqsa dengan bukan sahaja membenarkan Yahudi masuk, tetapi juga memberi mereka kebebasan mengadakan upacara keagamaan mereka di situ.

“Yahudi harus dibenarkan beribadah di Tempel Mount. Kawasan itu cukup luas untuk semua orang,” kata Ariel.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts