Forum Pemimpin Islam: Al-Aqsa dalam bahaya

ISTANBUL, 7 Okt 2016 (Anadolu) — Lebih 500 pemimpin dan ulamak dari 30 negara Islam yang menyertai Forum Pemikiran Pemimpin Negara Islam Kelapan di sini menegaskan tentang kedudukan Masjid al-Aqsa yang sedang dalam bahaya dan pentingnya umat Islam bersatu menyelamatkannya.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Turki, Yasin Aktay, dalam ucapan pembukaan forum tersebut menyebut, “[Masjid] Al-Aqsa sedang dalam bahaya bermakna kemanusiaan berada dalam bahaya, kerana al-Quds memberi kepada kita contoh bagaimana masyarakat [dari berbagai pegangan agama] dapat hidup aman dengan cara yang sangat ideal.”

Manakala wakil sebuah pertubuhan dari Aljeria, Abderrazak Makri, mendakwa bahawa sesebuah negara Islam tidak akan berjaya selagi mana ia tidak berusaha membantu menyelesaikan isu Palestin. “Kita harus bersatu untuk Masjid al-Aqsa,” kata beliau.

Ketegangan akibat sekatan rejim Zionis ke atas penduduk Islam untuk memasuki Masjid al-Aqsa serta usaha membahagikan tapak suci umat Islam itu telah mencetuskan Intifadah al-Quds pada bulan Oktober tahun lalu.

Forum tersebut turut membincangkan musibah yang sedang berlaku ke atas penduduk Syria.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts