[Foto] 10 tahun Ramadan dalam keadaan disekat

GAZA, 7 Jun 2016 (MEMO) — Penduduk Gaza menyambut kedatangan Ramadan dalam keadaan masih disekat ketat dari dunia luar untuk tahun ke sepuluh berturut-turut.

Peniaga berhadapan dengan masalah bekalan barangan dan juga jualan yang merosot, kerana majoriti keluarga di Gaza tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan barangan keperluan lain.

Ramadan kali ini tiba dalam keadaan cuaca musim panas yang memeritkan lagi penderitaan penduduk Gaza. Apatah lagi mereka tidak mendapat bekalan elektrik selama lebih lapan jam setiap hari.

Sekitar 40,000 pekerja awam di Gaza tidak diiktiraf oleh kerajaan perpaduan Palestin yang dibentuk tiga tahun lalu. Mereka hanya mendapat 45% daripada bayaran gaji.

Mengeruhkan lagi keadaan, 10,000 buah rumah telah musnah dalam serangan tentera Zionis pada tahun 2014 lalu, dan sejak itu rumah mereka tidak dapat diibina semula sehinggkan 10,000 buah keluarga masih hidup tanpa tempat berteduh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts