[Foto] 25 penduduk Gaza cedera diserang tentera Zionis

GAZA, 4 Sep 2018 — Sekurang-kurangnya 25 penduduk Gaza cedera diserang oleh tentera penjajah Zionis dalam satu demonstrasi aman berdekatan lintasan sempadan Beit Hanoun di utara Gaza petang semalam.

Pertempuran tercetus apabila tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata, dan peluru getah serta peluru hidup ke arah peserta demonstrasi.

Demonstrasi diadakan bagi mendesak masyarakat antarabangsa mempertahan hak-hak pelarian Palestin, susulan tindakan Amerika Syarikat menghentikan bantuan dana untuk UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees).

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts