[Foto] 287 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 20 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi mengiringi 287 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba, yang dikawal oleh rejim Zionis sejak tahun 1967.

Para penceroboh berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

Kumpulan pendatang Yahudi yang lain melakukan ritual Talmud di hadapan pintu-pintu al-Aqsa bagi menyambut perayaan Shavout dari 19hb hingga 21hb Mei. Shavout disambut bagi memperingati peristiwa penurunan Taurat di Gunung Sinai.

(PIC, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts