[Foto] 4 askar Yahudi maut, 15 cedera dilanggar dengan lori

AL-QUDS, 8 Jan 2017 (PIC) — Empat askar Zionis mati dan sekurang-kurangnya 15 yang lain cedara termasuk lapan orang dalam keadaan parah apabila dilanggar dengan sebuah lori di al-Quds petang tadi.

Pemandu lori Fadi Ahmad Hamdan al-Qunbar, 28, seorang penduduk Palestin dari kejiranan Jabal al-Mukabbir di al-Quds Timur ditembak mati di tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika tentera Zionis sedang beratur di sebuah perhentian bas di kawasan penempatan haram Talpiyyot Timur, berdekatan tembok Kota Lama.

Susulan kejadian, tentera Zionis menyerbu rumah saudara-mara Fadi dan menangkap sekurang-kurangnya lima orang termasuk isteri serta kedua ibubapanya.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts