AL-QUDS, 2 Julai 2016 (PIC) — Kira-kira 400,000 jemaah menyambut Lailatul Qadr di Masjid al-Aqsa malam tadi.
Penduduk Islam bergerak ke tapak masjid ketiga paling suci itu sejak awal pagi untuk mengerjakan solat Jumaat dan beriktikaf di situ bagi menyambut malam ke-27 Ramadan.
Pengurus Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani dalam kenyataan beliau menyebut bahawa kehadiran begitu ramai orang Islam pada hari-hari Jumaat dan sepanjang bulan Ramadan memberi mesej kepada penjajah Zionis betapa umat Islam tetap mempertahan hak mereka ke atas seluruh kawasan masjid seluas 14.4 hektar itu.
Para jemaah tetap berusaha ke Masjid al-Aqsa walaupun kerahan tentera Zionis secara besar-besaran di sekitar al-Aqsa dan Kota lama al-Quds.