[Foto] 66 Terkorban Pada Hari Ke-13

66-0GAZA, 20 Jul 2014 (Maan) — Tentera Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai terbaharu di kejiranan Shujaiyya di Gaza City pada hari ke-13 serangan mereka ke atas penduduk awam.

Sekurang-kurangnya 66 terkorban dan ratusan lagi tercedera di kawasan tersebut.

Jumlah korban dijangka meningkat memandangakan masih banyak mangsa tidak dijumpai. Setakat ini seramai 410 rang telah terkorban dan lebih 3,00 orang tercedera.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra, melaporkan pasukan penyelamat telah memindahkan 50 orang mangsa yang terkorban dari bawah runtuhan rumah, termasuk 17 orang kanak-kanak, 14 wanita dan empat warga emas. Lebih 200 orang daripada mereka yang tercedera dibawa ke Hospital al-Shifa yang sudahpun tidak dapat menampung jumlah mangsa bagi memberi rawatan.

Antara mereka yang terkorban termasuklah seorang fotojurnalis, Khalid Hamid, dan seorang paramedik, Fuad Jabir.

Puluhan mangsa di Shujaiyya tidak dapat dikenal pasti identiti mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts