[Foto] Ahli Knesset Ceroboh Al-Aqsa, Muslimat Ditangkap

AL-QUDS, 3 Nov 2014 (Silwanic) — Ahli parlimen Knesset, Shuli Moalem, dan beberapa kumpulan pendatang Yahudi dengan diiringi tentera dan pengawal menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa hari ini.

Tindakan penuh provokasi ini dilakukan ketika pihak berkuasa Zionis masih menyekat Muslimin bawah 40 tahun daripada memasuki masjid mulia itu. Zionis juga menutup sebilangan pintu masuk masjid, termasuk pintu King Faisal, Ghawanmeh, Hadeed dan Qataneen.

Semalam, Timbalan Speaker Moshe Feiglin turut menceroboh masuk dan melakukan upacara keagamaan di situ dalam usaha provokasi beliau berikutan insiden menembak rabbi pelampau Yahuda Glick minggu lalu.

Tentera Zionis turut menangkap seorang Muslimat, Sahar Matsheh, selepas menyerang dan menolak beliau supaya tidak menghalang Shuli Moalem melawat perkarangan Masjid al-Aqsa khususnya di sekitar Kubah as-Sakhra.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani, bersama petugas masjid dan beberapa Muslimat lain cuba membantu Matsheh tetapi polis tetap menangkap dan membawa beliau ke balai polis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts