[Foto] Amanah Korban Anda di Gaza Ditunaikan

Gaza, 5 Okt 2014 (BHP) — Alhamdulillah! Amanah sembelihan korban anda untuk keluarga kita di Gaza telah disempurnakan.

Keadaan di Gaza yang penuh dengan keruntuhan dan kemusnahan tidak sekali-kali menghalang mereka meraikan hari kebesaran Aidiladha.

“Kami akan tetap menyambut perayaan ini, tidak kira apa sekalipun,” kata Naeem, anak kepada Thabet al-Hammi yang menyambut perayaan kali ini dengan mendirikan khemah di atas runtuhan rumahnya.

Sungguhpun ramai yang masih menanggung kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, mereka tetap cekal bersemangat meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Bak kata Mantan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh dalam khutbah Aidiladha beliau, “Kami akan terus memperhebat dan membangun perlawanan sehinggalah bumi ini dibebaskan daripada penjajahan.”

Semoga sumbangan anda untuk keluarga di Gaza ini mendapat balasan terbaik dari ALlah SWT dengan meningkatnya ketakwaan. InsyaAllah sumbangan kecil ini boleh melahirkan lebih ramai pewaris perjuangan, hasil kasih sayang dan persaudaraan yang anda jalinkan.

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya”. [Surah Al-Hajj ayat 37]

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts