[Foto] Cuaca sejuk mula melanda Palestin

GAZA, 2 Jan 2015 (MEMO) — Cuaca sejum mula melanda Palestin sejak tiga hari lalu, di mana hujan lebih turut di seluruh wilayah.

Wilayah Gaza yang masih disekat dari dunia luar paling teruk dilanda cuaca sejuk melampau, dalam keadaan ribuan penduduknya masih tidak mempunyai tempat tinggal akibat serangan tentera Zionis 16 bulan lalu.

Rejim penjajah Zionis, dengan disokong oleh pemerintahan Mesir, menghalang kemasukan bahan binaan dan alat ganti bagi membaiki instrastruktur yang musnah termasuk sistem aliran air.

Bagi menghalang bencana banjir seperti tahun lalu, kerajaan Palestin di Gaza menggali kolam di kawasan rendah dan
cuba menyalurkan air ke kolam-kolam tersebut.

Kehidupan di Gaza semakin mengcengkam di musim sejuk, di mana para nelayan tidak dapat turun ke laut. Pihak pertahanan awam Palestin melarang bot kecil nelayan keluar ke laut kerana bimbang musnah dalam serangan ombak besar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts