Foto dari GRM menang anugerah berprestij Perancis

BAYEUX, PERANCIS, 15 Okt 2018 — Foto yang memaparkan seorang penduduk Palestin menyertai Great Return March GRM) di Gaza telah memenangi anugerah berprestij Bayeux Calvados-Normandy Award ke-24 bagi kategori wartawan perang, Sabtu lalu.

Hadiah tempat pertama itu dimenangi oleh Mahmoud Hams dari agensi AFP, melalui fotonya yang bertajuk “Pertempuran di sempadan Gaza”.

Foto beliau menunjukkan Saber al-Ashkar, iaitu seorang yang kudung kedua-dua kakinya, sedang melontar batu dari atas kerusi rodanya.

Kapsyen foto beliau menyebut, “Penduduk Palestin Saber al-Ashkar, 29, melontar batu dalam pertempuran dengan tentera Zionis di sepanjang sempadan Gaza, timur Kota Gaza, pada 11 Mei 2018, ketika penduduk Palestin berdemonstrasi menuntuk hak kembali ke tanah air mereka yang kini [menjadi negara] Israel.”

Anugerah tahunan tersebut mengiktiraf hasil kerja yang cemerlang dalam bidang kewartawanan fotografi, media cetak, radio dan televisyen.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts