[Foto] Hujan Musim Sejuk Bakal Membawa Krisis Kemanusiaan di Gaza

GAZA, 4 Nov 2014 (AIC) — Belum sempat penduduk Gaza memulakan usaha pemulihan daripada kemusnahan akibat serangan tentera Zionis, mereka kini berhadapan dengan musim sejuk yang diiringi hujan lebat.

The Alternative Information Center (AIC) melaporkan hujan yang turun hujung minggu lalu menyebabkan banyak kawasan yang musnah itu dilanda banjir, sekaligus mendedahkan penduduknya kepada masalah cuaca yang melampau. Sistem saliran air dan kumbahan yang musnah mengeruhkan lagi keadaan banjir.

Ribuan penduduk Gaza masih terpaksa tinggal di dalam kemah dan karavan walaupun dalam hujan lebat. Menurut PBB, sekitar 90,000 buah rumah perlu dibina untuk menempatkan mangsa-mangsa kezaliman rejim Zionis ini.

Kesusahan mereka semakin meruncing kerana tidak mempunyai infrastruktur asas termasuk bekalan air bersih, elektrik, minyak, dan juga keperluan asas seperti pakaian sejuk dan makanan.

Rejim Zionis dan sekutunya terus menyekat kemasukan keperluan asas dan bantuan kemanusiaan, dengan menegaskan bahawa mereka hanya membenarkan pintu lintasan dibuka untuk kes “kecemasan kemanusiaan.”

Ayuh sama-sama kita ringankan kepedihan mereka. InsyaAllah HALUAN akan bersama-sama anda membantu mereka sebagaimana kita telah melakukannya pada musim sejuk yang lalu.

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts