GAZA, 25 Ogos 2014 — Serangan berterusan tentera Zionis ke atas penduduk Gaza sejak 7 Julai lalu menyaksikan beberapa insiden kekejaman yang tidak terbayangkan akan berlaku di abad moden ini. Namun sikap masyarakat dunia yang rata-rata tidak peduli dengan apa yang berlaku bagaikan memberi “lesen” kepada rejim Zionis untuk terus mengganas tanpa batas.
Sehingga kini seramai 2,120 penduduk Gaza telah terkorban dan lebih 10,854 lagi tercedera. Sebahagian besar daripada mereka yang masih terselamat terpaksa meneruskan kehidupan dalam ancaman serangan yang berterusan, tanpa kemudahan asas seperti makanan, pakaian, air bersih dan elektrik.
Lebih 460,000 penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal. Dengan keadaan musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi, sudah tentu mereka ini memerlukan bantuan dan keprihatinan kita yang lebih bernasib baik.
Anda boleh bertindak dengan menghulurkan bantuan melalui akaun
Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2.
Semoga sedikit bantuan kita dapat sama-sama membantu mereka membina semula kehidupan dan meneruskan perjuangan membebaskan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.




















