[Foto] Menteri Zionis Ceroboh Al-Aqsa, Provokasi Berterusan

AL-QUDS, 13 Sep 2015 (IMEMC) — Menteri Pertanian rejim Zionis, Uri Ariel, menyertai puluhan pelampau Yahudi yang dilindungi oleh pasukan tentera dan polis bersenjata menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa sehingga menimbulkan ketegangan dan pertempuran dengan ahli jamaah masjid.

Tentera Zionis menyerang pengawal masjid, manakala puluhan ahli jamaah serta pelajar dipaksa keluar meninggalkan masjid. Pasukan bersenjata Zionis dilaporkan menggunakan kekerasan yang keterlaluan ke atas para jamaah, dengan melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan grenad bunyi. Mereka juga mengawal seluruh bumbung Masjid Al-Qibli di selatan perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Tentera juga mengejar para jamaah di dalam masjid dan bertempur dengan pemuda Palestin. Puluhan ahli jamaah turut mengalami kecederaan apabila diserang dengan menggunakan semburan lada dan dipukul.

Menurut Jabatan Wakaf, tentera Zionis mengawal ketat Masjid Al-Aqsa dan seluruh Kota Lama Al-Quds sejak lewat malam dengan memasang sekatan besi bagi menghalang penduduk Islam masuk ke masjid.

Kecederaan dilaporkan turut berlaku di beberapa kejiranan penduduk Palestin di Kota Lama apabila pihak tentera menyerang penduduk ketika pelampau Yahudi melakukan perarakan provokatif dan menceroboh masuk ke dalam perkarangan amsjid.

Ramai mereka yang tercedera terpaksa dirawat di sebuah klinik di Al-Aqsa kerana pihak tentera menghalang pasukan perubatan Palestin dan ambulan mendekati kawasan masjid.

Penduduk Palestin berikrar untuk terus menghalang apa sahaja bentuk provokasi Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan akan bertahan di kawasan masjid untk melindunginya daripada serangan pihak bersenjata dan pelampau Yahudi.

https://www.youtube.com/watch?v=KhzS9P_lcT0

https://www.youtube.com/watch?v=yz01eriYP-k

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts