[Foto] Mesir tutup semula pintu Rafah, lebih 30,000 masih menunggu

GAZA, 11 Mei 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Mesir menutup semula pintu lintasan di sempadan Rafah petang tadi, setelah pada awalnya mengumumkan mereka akan membuka pintu tersebut selama dua hari.

Pintu lintasan ditutup setelah hanya 443 orang penduduk Gaza dibenarkan melintas masuk ke Mesir, iaitu hanya bagi mereka yang memegang pasport Mesir ataupun mempunyai keperluan kemanusiaan.

Bagaimanapun, laluan masih dibuka untuk laluan masuk ke Gaza.

Pintu Rafah kali terakhir dibuka 85 hari lalu, iaitu selama dua hari. Lebih 30,000 penduduk Gaza masih terpaksa menunggu peluang untuk keluar dari Gaza, termasuklah untuk menjalani rawatan perubatan dan menyambung pelajaran di negara luar.

Penduduk Gaza disekat dari dunia luar sejak 10 tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, tentera Zionis telah melancarkan tiga serangan besar-besaran yang menusnahkan infrastruktur asas serta membunuh ribuan penduduk awam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts