[Foto] Musim Menuai Zaitun Di Gaza

GAZA, 26 Okt 2015 — Musim menuai zaitun menjadi satu perayaan dan membawa kegembiraan kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza. Penduduk Gaza menanam beberapa jenis pohon zaitun, antaranya Souri, Chemlali dan K18.

Menurut Kementerian Pertanian, pengeluaran hasil zaitun pada tahun ini di seluruh wilayah Palestin menurun sehingga 55%, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pohon zaitun ditanam di Gaza dengan banyaknya, namun setiap kali tentera Zionis menyerang Gaza mereka akan merosakkan ribuan ekar tanaman tersebut. Serangan pada musim pada 2014 sahaja telah merosakkan tanaman seluas 1,500 ekar.

Menurut kementerian lagi, Gaza memerlukan pengeluaran sehingga 30,000 tan hasil zaitun setiap tahun. Setiap penduduk Gaza mengambil kira-kira 15kg buah atau minyak zaitun setiap tahun, bergantung kepada kedudukan kewangan setiap individu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts