[Foto] Pasca Perang, 50% Penduduk Gaza Tiada Saraan Pendapatan Tetap

GAZA, 4 Sep 2014 (MEMO) — Hampir 200,000 penduduk Gaza kehilangan pekerjaan selepas berakhirnya serangan tentera Zionis ke atas wilayah yang terkepung itu. Akibatnya, sekitar 900,000 warga Gaza tidak lagi mendapat saraan keluarga melalui pendapatan tetap.

Kesatuan Pekerja di Gaza melaporkan seramai 30,000 pekerja telah hilang sumber pendapatan mereka apabila kilang, bengkel, kedai dan perniagaan musnah akibat serangan selama 51 hari itu. Manakala 170,000 lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat sekatan haram rejim Zionis sejak tahun 2006.

Serangan terbaharu ke atas penduduk Gaza menjadikan kadar pengangguran meningkat kepada lebih 55%. Menurut kenyataan itu lagi, Gaza kini sedang menunggu perlaksanaan sebenar terhadap persetujuan gencatan senjata dan pembukaan pintu masuk di lintasan Rafah bagi tujuan pembinaan semula.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts