[Foto] Pelampau Yahudi Bakar Masjid Di Bethlehem

BETHLEHEM, 25 Feb 2014 (Ma’an) — Pelampau Yahudi membakar sebuah masjid di pekan al-Jab’a di timur Bethlehem semalam.

Kebakaran hanya disedari apabila jemaah tiba pada jam 4:30 pagi Rabu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid al-Huda. Para jemaah kemudiannya memanggil penduduk berdekatan membantu dan berjaya memadam kebakaran.

Pengkhianat terbabit turut menulis slogan-slogan perkauman dalam bahasa Hebrew, menyeru supaya penduduk Arab dan Islam dibunuh.

Genap 21 tahun lalu, pelampau Yahudi dari Amerika Baruch Goldstein menyerang para jemaah di Masjid Ibrahimi di al-Khalil ketika mereka sedang bersujug mengerjakan solat Subuh. Seramai 29 ahli jemaah terkorban dan lebih 120 lagi tercedera. Sebilangan besar kaum Yahudi menganggap Goldstein sebagai seorang hero di atas tindakannya itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts