[Foto] Pemuda Palestin Dibunuh Selepas Menikam Dua Yahudi

AL-KHALIL, 9 Dis 2015 (Maan) — Pemuda Palestin Abd al-Rahman Yusri Maswada, 21 tahun, ditembak mati selepas menikam seorang askar Zionis dan seorang pendatang Yahudi di Jalan Shuhada di Kota Lama Al-Khalil. Pendatang Yahudi tersebut adalah anak kepada Orit Struck, seorang ahli parlimen Zionis dari parti pelampau Jewish Home.

Gerombolan tentera Zionis dikerahkan ke tempat kejadian bagi menyerang masuk dan memeriksa rumah-rumah penduduk Palestin di sekitar.

Abd al-Rahman adalah merupakan sepupu kepada Ihab Zakariya Maswada, 21 tahun, yang dibunuh oleh tentera Zionis Isnin lalu selepas beliau dituduh menikam seorang Yahudi berdekatan Masjid Ibrahimi.

Al-Khalil menjadi pusat keganasan Yahudi sejak kebelakangan ini, di mana 30% daripada 115 penduduk Palestin yang dibunuh sejak awal Oktober berlaku di sini.

Kawasan ini didiami oleh sekitar 800 orang pendatang Yahudi yang melampau dan agresif, yang dilindungi oleh lebih 1,500 orang askar Zionis. 30,000 penduduk asal Palestin tinggal di sini.

1 November lalu, kawasan sekitar Kota Lama Al-Khalil diisytihar sebagai zon larangan tentera, dengan menghadkan atau menghalang pergerakan penduduk Palestin di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts