[Foto] Penduduk Gaza terpaksa berharap kepada kayu bakar untuk memanaskan badan

GAZA, 27 Jan 2016 (MEMO) — Penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada kayu bakar untuk memanaskan badan, berikutan tindakan rejim pengganas Zionis dan pemerintah Mesir mengetatkan lagi sekatan ke atas mereka, sungguhpun musim sejuk telah tiba.

Sejak tahun 2014, satu-satunya stesen janakuasa elektrik yang ada di Gaza hanya mampu beroperasi pada tahap separuh daripada kapasitinya, akibat kerosakan diserang tentera Zionis. Rejim Zionis juga memotong jaringan bekalan elektrik ke Gaza, kononnya atas alasan masalah teknikal.

Kini kadar belian kayu bakar di Gaza meningkat sehingga 40%, di mana setiap ton bernilai $US330. Bahkan wilayah Gaza juga mengalami kekurangan bekalan kayu api kerana rejim Zionis tidak henti memusnahkan pokok di kawasan pertanian di sempadan Gaza.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts