[Foto] Polis Zionis iring lebih 200 pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 18 Okt 2016 (Maan) — Seramai 206 pelampau Yahudi menceroboh masuk dan berarak meninjau perkarangan Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis pagi tadi, sempena hari kedua perayaan Sukkot.

Sementara itu pasukan polis mengenakan sekatan ketat ke atas para jemaah yang ingin memasuki kawasan masjid dengan merampas kad pengenalan mereka. Beberapa orang Muslimah dihalang masuk atas alasan tempoh pengharaman ke atas mereka masih belum tamat.

Pertubuhan pelampau Yahudi menyeru pengikut mereka menceroboh masuk al-Aqsa secara beramai-ramai apabila tentera Zionis mengeluarkan kenyataan memberi jaminan untuk menjaga keselamatan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts