AL-QUDS, 5 Jun 2016 (PIC) — Beberapa orang rabbi memimpin sekitar 120 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan diiringi dan dikawal oleh pasukan polis Zionis.
Salah seorang pendatang cuba melakukan ritual Talmud di perkarangan masjid, namun para murabitun berjaya menghalang beliau.
Beberapa pemimpin Palestin sebelum ini menyeru penduduk Islam di al-Quds supaya berada di masjid al-Aqsa di awal pagi, untuk cuba menghalang pencerobohan yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhn Yahudi yang memperjuangkan agenda membina kuil mereka di tapak suci umat Islam itu. Pertubuhan-pertubuhan Yahudi itu merancang untuk berpesta di perkarangan masjid sempena ulang tahun ke-49 penjajahan Zionis ke atas wilayah al-Quds Timur.
Dalam pada itu, suasana di Kota Lama al-Quds menjadi tegang hari ini dengan kehadiran begitu ramai pendatang-pendatang Yahudi dengan mengibarkan bendera Zionis di situ.
Dalam insiden berkaitan, sekumpulan pemuda Palestin berjaya menyelamatkan sebuah kedai Palestin daripada dibakar oleh pendatang Yahudi awal pagi tadi.