[Foto] Ramadhan 1435H Bersama Huffaz – Masyarakat Merasai Derita Umat Islam

BANDAR BARU BANGI, 17 Jul 2014 (BHP) — Ramadan kali ini menyaksikan komitmen tinggi masyarakat dalam meraih kebaikan serta amal soleh dan kepedulian terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam seluruhnya.

Pengalaman dalam menjayakan program Ramadhan 1435H Bersama Huffaz yang dijalankan serentak dengan Kempen Kecemasan Palestin amat menyentuh perasaan para relawan HALUAN. Kita dapat melihat seluruh lapisan masyarakat, dari warga emas hinggalah ke anak kecil, begitu teruja untuk mengetahui apa yang sedang berlaku ke atas saudara mereka di Palestin, khususnya di Gaza, dan juga Syria.

Ramai yang menghulurkan wang ringgit, dengan harapan agar dapat sama-sama meringankan keperitan ibu-ibu yang terpaksa menanggung keluarga apabila suami terkorban diserang tentera Zionis. Tidak kurang juga yang menyerahkan barang kemas, agar nanti dapat digunakan untuk membeli ubat bagi merawat luka-luka anak-anak Gaza dan membekal sedikit susu dan makanan untuk anak yatim Syria.

Hanya Allah yang layak memberi balasan di atas keikhlasan anda. Semoga Allah gandakan pahala atas apa yang anda infakkan dan diganti dengan yang lebih baik, serta diberkati atas apa yang masih berbaki.

Berikut adalah gambaran sebahagian daripada aktiviti terkini para huffaz bersama masyarakat Malaysia.

 

13 Julai – Sesi tazkirah isu Gaza oleh Syeikh Ibah Omar di Sekolah Tun Aminah, Johor Bharu.

 

13 Julai – Sheikh Ahmad Jakmiri bersama jemaah di Masjid al-Hidayah Seksyen 18, Shah Alam.

 

14 Julai – Surat Al Iman di Kg Lombong, Shah Alam.

 

14 Julai – Sheikh Bassam bersama sebahagian daripada 40 pelajar Pahang yang mengikuti persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.

 

14 Julai – Tazkirah oleh Sheikh Ahmad Shadid di Surau ar-Rahman, Jalan Kebun, Shah Alam.

 

14 Jul – Sheikh Ahmad Jakmiri di Surau Dar an-Najihin, Sri Andalas, Klang.

 

15 Julai – Kuliah Subuh di Masjid Tok Sira, Kuantan.

 

15 Julai – Imam Sheikh Ahmad Jakmiri di Surau Itthad Diniyyah, Seksyen 6 Shah Alam

 

15 Julai – Tazkirah oleh Dr Hamdi mengenai isu Gaza di Surau Kg Chica, Johor.

 

16 Jul – Muslimat sayang Syria di Kuantan. Kuliah Dhuha muslimat di Surau Ar Rahman bersama Syeikh Bassam.

 

15 Jul – Sheikh Mohannad mentahnik bayi lelaki seorang ahli jemaah Masjid Bagan Sena serta mengimami solat terawih.

 

16 Jul – Program Bersama Hufaz di Masjid Sg Seluang, Lunas, Pulau Pinang.

 

16 Julai – Pemuda HALUAN Kedah di lapangan Bazar Ramadhan Sekitar Alor Setar dan Jitra.

 

16 Julai – Sheikh Mohanad bersama pengarah IPG Tuanku Bainun dalam sesi tazkirah kepada para pelajar yang majoriti bukan muslim.

 

16 Julai – Majlis berbuka puasa dan solat terawih pelajar dan ibubapa bersama Imam Ahmad Syadid di Dewan Seberguna Sekolah Ibn Khaldun, Shah Alam.

 

16 Jul – Di bazar Ramadhan Kota Bharu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts