[Foto] Ribuan warga emas dan wanita Palestin hadiri solat Jumaat di al-Aqsa

AL-QUDS, 17 Jun 2016 (PIC) — Jabatan Wakaf al-Quds menganggarkan lebih 200,000 jemaah telah berjaya mengerjakan solat Jumaat sungguhpun pihak rejim Zionis mengenakan sekatan yang ketat di seluruh al-Quds.

Kira-kira 200 warga emas dari Gaza turut dibenarkan memasuki al-Aqsa. Sebahagian daripada pra jemaah datang dari wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Bagaimanapun rejim Zionis menghalang semua warga lelaki Tebing Barat yang berumur di bawah 45 tahun memasuki kota suci al-Quds, kecuali mereka yang mempunyai permit dari pihak Zionis.

Pengarah al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, menyeru ribuan penduduk Palstin supaya terus berusaha mengunjugi Masjid al-Aqsa dan bertiktikaf di situ, walapun terpaksa berhadapan dengan sekatan pasukan keselamatan Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts