[Foto] Sekitar Ramadhan Bersama Huffaz Palestin, Syria Dan Kemboja

BANDAR BARU BANGI, 12 Julai 2014 (BHP) — Umat Islam kini berada di separuh Ramadhan dan sibuk beramal soleh bagi meraih rahmat dan keampunan Allah SWT.

Ramadhan kali ini sekali lagi menyaksikan umat Islam di beberapa negara terus mengharungi ibadah puasa di dalam kekejaman dan kezaliman. Serangan tentera Zionis ke atas Gaza dan penduduk di Tebing Barat serta penodaan mereka terhadap Masjid al-Aqsa terus menjadi perhatian kita.

Bersempena Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, seharusnyalah kita tingkatkan lagi doa dan infak untuk mereka yang memerlukan. Semoga semua yang kita hulurkan itu menjadi saham amal soleh yang dilipat ganda ganjarannya oleh Allah SWT.

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [Al-Baqarah : 245]

Seiring dengan program Ramadhan Bersama Huffaz ini juga, HALUAN telah melancarkan Kempen Kecemasan Palestin bagi tujuan mengutip sumbangan kepada mangsa serangan di Palestin.

Ayuh! Jangan kita lepaskan peluang meningkatkkan lagi kualiti Ramadhan kita kali ini.

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts