[Foto] Sekolah Jubbet al-Dhib dibina semula selepas dimusnahkan oleh tentera

BEIT LAHM, 10 Sep 2017 — Penduduk Palestin membina semula sebuah sekolah di perkampungan Jubbet al-Dhib di wilayah Beit Lahm pagi tadi, setelah dimusnahkan oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis memusnahkan sekolah tersebut pada 23 Ogos lalu, iaitu hari pertama penggal baharu persekolahan.

Para akvitis bersama penduduk dan pekerja Kementerian Pendidikan Palestin membina semula lima buah bilik darjah sepanjang malam Jumaat lalu. Sekolah tersebut diberi mana “Challenge 5 School”, kerana ianya adalah sekolah yang kelima dibina oleh Kementerian Pendidikan Palestin di dalam kawasan yang dirancang untuk penempatan haram Yahudi.

Bagaimanapun tentera Zionis menyerbu semula perkampungan tersebut pada petang Sabtu, mengepung kawasan sekolah dan menyerang para aktivis dengan gas pemedih mata dan grenad pelali.

Bangunan yang baharu dibina itu sehingga kini masih gagal dirobohkan, tetapi semua alat binaan telah dirampas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts