[Foto] Sepintas Lalu Aktiviti Sepanjang Minggu Pertama Ramadan Bersama Huffaz

SHAH ALAM, 21 Jun 2015 (BHP) — Seramai 21 orang imam huffaz al-Quran telah tiba di Malaysia bagi menjayakan program Ramadan 1436H Bersama Huffaz. Mereka didatangkan dari Palestin, Syria dan Kemboja.

Semua imam telah menjalankan aktiviti bersama masyarakat, melalui program solat terawih, penyampaian tazkirah, kelas pengajian al-Quran, kunjungan hormat dan berbagai lagi.

Berikut adalah ringkasan bergambar aktiviti mereka di sepanjang beberapa hari permulaan Ramadan yang mulia ini.

HALUAN meraikan ketibaan para imam di ibu pejabat HALUAN di Bandar Baru Bangi pada 16 Jun. Semua imam diserahkan kepada wakil-wakil negeri di dalam majlis tersebut.

 

Bagi sebahagian daripada duta-duta al-Quran ini, mereka sangat teruja berada di Malaysia buat pertama kali. Sambutan penuh mesra dan senyuman masyarakat meningkatkan tali persaudaraan sesama umat Islam.

Di Selangor, Imam Mohammed Hamdi Khalil Alwali yang berasal dari Gaza telah memimpin solat terawih dan menyampaikan tazkirah kepada akhil kariah Surau Al-Falah di Kg Batu 7, Shah Alam. Terdahulu pada 17 Jun, Imam Kenan As Sawaf yang berasal dari Damaskus telah memimpin solat terawih dan menyampaikan tazakirah di Sekolah Ibn Khaldun, juga di Shah Alam.

Imam Kenan As Sawaf juga bersama mempimpin solat terawih di Masjid An Nur, Kg Melayu Subang.

Pada 20 Jun, beliau menyampaikan kuliah Zuhur dan seterusnya pada waktu malam memimpin solat terawih di Surau Hj Ismail di Fasa 3 Puncak Alam.

Program solat terawih turut diadakan di Masjid Al-Khairiyah, Sri Gombak dan Masjid Al-Rahman di Ulu Bernam.

 

Di Kelantan pula, Imam Mahmud Hasyim Salim Meseif turut meluangkan masa di bazar Ramadan bersama para relawan HALUAN.

 

Di Perak pada 18 Jun, Iman Shafie bin Yusof dari Kemboja memimpin solat terawih di Masjid Negeri di Ipoh.

 

Di Johor, Imam Yusof Nabil Al Khitob dan Mohamad Anas Younes Saleh telah memimpin solat Maghrib, Isya dan terawih di Suray Al-Abidin, Kg Tengah. Terdahulu di waktu pagi, mereka sempat berehlah di Air Terjun Sg Bantang, Bekok, Segamat.

Imam Mohamad Anas juga mengimamkan solat Maghrib dan terawih serta menyampaikan penerangan tentang keadaan di Palestin dan Syria di Masjid UiTM pada 18 Jun. Dalam kesempatan ini, Pegawai HEP UiTM Segamat, Prof Madya Dr Hj Mohd Halim bin Kadri turut hadir.

Imam Mohamad Anas turut menyampaikan tazkirah di Madrasah Al-Fath dan Masjid Kg Sg Pulai di Muar.

 

Manakala di Negeri Sembilan, Imam Muaz Nabil Al-Khitob sempat menyampaikan kuliah di Perpustakaan UKM, satu program yang diatur oleh HALUAN Cawangan Negeri Sembilan.

 

Di Pahang pula, kepimpinan HALUAN negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah JAIP Pahang, Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, di pejabat beliau pada 19 Jun.

 

Di Melaka, Imam Ehab Omar Saleh Ismael memimpin solat terawih di Masjid Dato Janggot, Masjid Tanah. Pada 20 Jun, beliau sempat berehlah di sekitar Melaka.

 

Di Kedah, Imam Mhd Baderuddin Bilal Abduh memimpin solat terawih dan menyampaikan tazkirah di Masjid Asam Jawa, Baling.

 

Di Pulau Pinang, Imam Iyad Mohammad Ismail Aburabi’e dan Imam Ammar Alhallak memimpin solat terawih dan dan menyampaikan tazkirah di Masjid Al Falah, Surau Sutera Prima, Masjid Pangkalan, Masjid Seberang Jaya dan juga Surau Taman Pondok Upeh, Balik Pulau.

Kedua-dua imam ini turut meluangkan masa di dalam majlis Tahsin al-Quran bersama pelajar Sek. Men. Agama Ibrah di Tanjung Putus.

 

Orang ramai masih berpeluang untuk menyusun program bersama para huffaz dengan menghubungi wakil HALUAN tempatan atau pusat operasi program di talian 03-51660599 atau 012-9547861 (En Musab.) Semoga kehadiran mereka membawa pengalaman istimewa bagi kita di bulan Ramadan ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts