[Foto] Setahun Selepas Diserang, Gaza Masih Tidak Berubah

00GAZA, 8 Julai 2015 (MEMO) — Lebih 2,200 orang terkorban dalam serangan tentera Zionis ke atas penduduk Gaza pada musim panas 9 Julai hingga 26 Ogos 2014 lalu. Menurut laporan terbaharu yang diterbitkan oleh Palestinian Centre for Human Rights (PCHR), 75.7% daripada mereka yang terkorban adalah penduduk awam, termasuk 530 orang kanak-kanak, iaitu sebanyak 24%. Manakala 15% daripadanya adalah wanita.

Sebilangan besar daripada 10,895 orang yang tercedera juga adalah penduduk awam, di mana 30.03% daripadanya adalah kanak-kanak dan 19.4% wanita.

Tentera Zionis melakukan sebanyak 8,210 serangan berasingan ke atas penduduk Gaza, dengan melancarkan 15,736 roket dari bot tentera laut dan 36,718 tembakan meriam. Jet-jet tentera udara dan artileri Zionis menusnahkan 17,132 buah rumah, di mana 2,465 daripada ranap sama sekali. Di hari-hari akhir serangan, jet-jet Zionis juga memusnahkan tiga menara kediaman yang menempatkan ratusan keluarga di Kota Gaza.

Zionis juga mensasarkan serangan ke atas 48 buah pertubuhan kebajikan, yang memberi bantuan kepada lebih 200,000 orang. Sembilan pusat rawatan air dibom, begitu juga dengan 18 fasiliti elektrik serta 19 institusi kewangan dan perbankan, 372 institusi industri dan perdagangan, 55 buah bot nelayan, 10 buah hospital, 19 buah pusat kesihatan dan 36 buah ambulan. Daripada 222 buah sekolah yang diserang, 141 adalah sekolah kerajaan, 76 sekolah UNRWA dan lima sekolah swasta. Enam buah universiti dan satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Gaza juga disasarkan. Kerugian ke atas ekonomi Palestin dianggarkan sebanyak US$3.6 bilion.

Keperitan yang masih ditanggung oleh penduduk Palestin, setahun selapsa diserang, membawa kepada kritikan ke atas kelewatan pembangunan semula infrastruktur yang dijanjikan oleh para penderma antarabangsa dan Otoriti Palestin. Janji-janji untuk membina semula rumah yang musnah tidak dipenuhi, selain daripada apa yang dijanjikan oleh Qatar untuk membina 1,000 unit perumahan. Qatar sedang berunding dengan rejim Zionis dan pihak Palestin bagi membawa masuk bahan binaan.

Namun, semua ini jauh sekali daripada berakhirnya kepada krisis di Gaza. Mereka masih terpaksa tinggal di bawah runtuhan dan khemah. Banyak fasilti industri dan sekolah masih ditutup kerana memerlukan kerja baik-pulih dan pembinaan semula.

[Foto oleh Mohammad Asad/MEMO]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts