[Foto] Tentera Zionis bunuh pemuda Palestin setelah bertempur selama 7 jam, kemudian roboh rumah beliau

AL-KHALIL, 27 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis membunuh pemuda Mohamed al-Fakih dan meroboh rumah beliau di bandar Surif di utara al-Khalil dalam satu pertempuran selama tujuh jam awal pagi tadi.

Pertempuran bermula selepas tengah malam apabila tentera Zionis menyerang masuk bandar Surif sambil melepaskan tembakan bom cahaya, sebelum mengepung rumah Mohamed dan mendesak supaya beliau menyerah diri.

Tentera Zionis dilaporkan menyerang bangunan rumah tersebut dengan 11 tembakan peluru berpandu anti-kereta kebal, sebelum merobohkannya.

Tiga pemuda lain turut ditahan atas tuduhan terlibat dalam pertempuran bersenjata itu, manakala seorang lagi pemuda yang cedera dibawa ke sebuah hospital.

Sekurang-kurangnya enam penduduk cedera terkena tembakan peluru hidup dan lima yang lain ditembak dengan peluru getah. Krew ambulan Palestin bagaimanapun dihalang memasuki kawasan kejadian untuk membantu mangsa.

Mohamed al-Fakih dituduh bertanggungjawab dalam serangan di kawasan penempatan haram Otniel awal bulan ini, yang membunuh seorang rabbi Yahudi dan mencederakan tiga yang lain. Beliau pernah dipenjara selama lima tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts