[Foto] Tentera Zionis roboh rumah keluarga Palestin di utara Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 5 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini meroboh rumah keluarga Sana Farah di Beit Hanina, utara Baitulmaqdis, atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.

Tentera Zionis menyerbu Beit Hanina dan mengepung kawasan rumah tersebut, sebelum mengusir semua ahli keluarga keluar dan tidak mengizinkan mereka membawa barangan keluar.

Tentera memukul penduduk yang cuba mendekati kawasan rumah Sana serta menangkap dua orang ahli keluarganya.

Rumah tersebut dibina 16 tahun lalu, dan keluarga Sara terpaksa membayar denda sebanyak lebih 250,000 Shekel bagi mengelak rumah mereka dirobohkan.

(PIC, Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts