[Foto] Tentera Zionis serah jenazah Muhammad Abu Khalaf setelah ditahan 200 hari

AL-QUDS, 6 Sep 2016 (Maan) — Jenazah Muhammad Abu Khalaf, 19, akhirnya diserahkan kepada keluarganya di al-Quds Timur selepas tengah malam tadi setelah ditahan selama 200 hari.

Muhammad ditembak mati dengan lebih 50 das tembakan pada 19 Februari lalu setelah menikam dan mencederakan dua orang polis sempadan Zionis berdekatan Pintu Damaskus di Kota Lama al-Quds.

Tentera Zionis menyerahkan jenazah di tanah perkuburan al-Mujahidin yang terletak di luar tembok Kota Lama.
Atas arahan tentera Zionis, jenazah almarhum dikebumikan dengan kehadiran 25 orang ahli keluarga sahaja, termasuk ibunya Rula. Tentera turut mengenakan syarat supaya almarhum dikebumikan di tanah perkuburan yang ditetapkan oleh polis Zionis, di samping perlu membayar cagaran sebanyak 20,000 shekel (RM21,200).

Setelah selesai pengkebumian jenazah anaknya, Rula berkejar ke tembok luar Pintu Damaskus di mana anaknya telah ditembak, dan membaca al-Quran serta berdoa untuk anaknya.

11 jenazah penduduk Palestin termasuk tiga wanita dan seorang penduduk al-Quds Timur masih ditahan oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts