AL-QUDS, 5 Apr 2016 (ISM) — Tentera Zionis menyerang masuk kampus Universiti al-Quds di perkampungan Abu Dis di al-Quds Timur awal pagi tadi serta merosakkan harta di pusat pengajian tersebut.
Tentera memasuk kampus seawal jam 3:00 pagi setelah mengurung para pengawal keselamatan di dalam sebuah bilik.
Mereka meninggalkan kawasan tersebut dua jam kemudian. Tentera turut menrampas beberapa buah komputer dan kamera.