[Foto] Tentera Zionis Tembak Mati Dua Penduduk Gaza

GAZA, 17 Okt 2015 (MEMO) — Tentera Zionis semalam menembak mati dua penduduk Gaza dalam satu pertempuran berdekatan sekatan pemeriksaan Eretz.

Jurucakap Kementerian Kesiharan, Dr Ashraf al-Qidra berkata Yahya Farahat, 24 tahun, telah ditembak mati dalam pertempuran di utara Gaza itu. Manakala Mahmoud Hmaida, 22 tahun, dibunuh di sempadan sebelah timur Gaza berdekatan lintasan Nahal Oz.

Bilangan mereka yang tercedera dalam beberapa pertempuran di Gaza adalah seramai 262 orang, termasuk 118 kes tembakan dengan menggunakan peluru hidup.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawan Shawqi Obaid, 37 tahun, yang berasal dari kem pelarian Jabalia di utara Gaza telah meninggal dunia. Beliau tercedera Jumaat lalu dalam pertempuran berdekatan lintasan Eretz dan berada dalam pusat rawatan rapi (ICU) sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ratusan penduduk Palestin mengadakan demonstrasi membantah kejahatan rejim Zionis di Tebing Barat dan Al-Quds. Mereka cuba bergerak ke arah kawasan sekatan yang paling dekat dengan penduduk Yahudi, tetapi tentera Zionis menembak ke arah mereka sehingga ramai yang tercedera dan terbunuh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts