[Foto] Terima Kasih Dari Anak-Anak Yatim Palestin-Syria

SA’IDA, LUBNAN, 28 Julai 2015 (BHP) — Puluhan anak-anak dan keluarga yatim Palestin-Syria yang menumpang hidup di kem pelarian Ein El-Hilweh di selatan Lubnan mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada dermawan Malaysia yang komited membantu mereka melalui program pembiayaan sara hidup “Cinta Yatim Palestin-Syria” yang dianjurkan oleh HALUAN.

Serahan wang sumbangan membiaya sara hidup mereka bagi bulan Mei dan Jun 2015 telah ditunaikan oleh relawan Al-Sarraa Foundation pada akhir bulan Ramadan baru lalu.

Sejak tahun 2014, HALUAN dengan kerjasama Al-Sarraa Foundation membiayai 100 anak yatim Palestin-Syria yang berlindung di kem tersebut. Dengan komitmen sebanyak RM200 sebulan, setiap pembiaya dapat membantu anak-anak yatim ini mendapatkan keperluan asas mereka termasuk makanan dan pendidikan.

Kem Ein El-Hilweh merupakan kem pelarian Palestin terbesar di Lubnan dengan keluasan 1,500 meter persegi, di mana lebih 130,000 pelarian berlindung. Dibina pada tahun 1948, ia bertujuan untuk menempatkan hanya 20,000 pelarian. Jumlah penghuni kem kini semakin meningkat dengan kebanjiran pelarian yang menyelamatkan diri dari krisis yang sedang berlaku di Syria. Dianggarkan 70,000 daripadanya adalah anak-anak yatim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts